Powered By Blogger

Aliens

Friday 30 March 2012

Lumrah :')

Assalamualaikum.......

Bila jumpa pelacur tepi jalan, orang akan kata: “Eee perempuan kotor ni.” Padahal kita tak tahu dia telah dijual oleh bapanya ketika umur 10 tahun.

Bila jumpa bekas banduan, orang akan kata: “Ish penjahat ni. Jangan dekat dengan dia.” Padahal kita tak tahu dia telah difitnah mengambil rasuah oleh sahabat karibnya send
iri.

Bila jumpa pesakit mental, orang akan kata: “Orang gila ! Jangan kacau aku.” Padahal kita tak tahu dia telah didera oleh mak tirinya hingga mengalami trauma berpanjangan.

Bila jumpa lelaki muka hodoh, orang akan kata: “Euww hodohnya. Siapalah nak kahwin dengan kau tu.” Padahal kita tak tahu lelaki tu kehilangan ketampanannya akibat melecur dalam usaha menyelamatkan ibunya dalam kebakaran.

-------------------

Berapa ramai antara kita suka berkata-kata sebegini. Berburuk sangka dan terus menabur fitnah dari sehari ke hari. Ketahuilah bahawa setiap kata-kata buruk ini adalah saham yang kita kumpul untuk menuju ke Neraka Allah Taala. Ubahlah dan muhasabah diri, banyak yang buruk kita lihat dari orang, tapi kita lupa melihat keburukan sendiri. Ajaklah saudara kita ke arah kebaikan dan cegahlah mereka dari kemungkaran.


# copy paste by syahiruldotcom :)

No comments:

Post a Comment