Aliens

Monday, 17 September 2012

OMG kau juara :0

Assalamualaikum & hellooo...~

Ahai ~ pagi tadi Seri teman "budak" kat bawah ni nak masuk pertandingan badminton.

( Nama dia Siti Salwa Binti Ahmad Fadzil )
haha, promote kawan!
ala...peringkat sekolah jer..ahak !
but, Seri nak sangat masuk acara badminton tu tapi dah penuh.
pergi sana ingat nak jadi supporter jer tup tup rezeki mari~
acara beregu pemainnya tak datang.
So, dengan excitednya Seri paksa Salwa ni jadi team.

Heh, tahniah Salwa sebab kau juara acara single !
bangga wey...nak nanges pun ade.
Sengit sangat sangat sangat ! dia semi final pun menang 30-29
yela....lawan dengan kaum cina.
masuk final dia fight dengan member cina tu pulak

Acara beregu yang Seri masuk awal-awal dah kalah so sad  :'(
hahahaha! tak pe lah..first time masuk pertandingan ni
next time Seri cuba lagi lagipun lawan dengan cina tu lagi pulak =.="

Oke, sekian ^_^v
esok nak sekolah ! 

Sunday, 16 September 2012

I'm back..cuti sudah habis bro..

Assalamualaikum & hallooo.....~

Oke , dah lama tak update :)

Berlalunya bulan ramadhan , bulan syawal dan hari merdeka.
Manis pahit semua dah rasa. Masin jer belom uhuk !

Sekarang Seri tengah buat ape?
Menghitung hari nak pergi Zoo Negara !!!
Yahhhoooooo~!
eh, wait wait~ pergi Zoo tengok haiwan pun suka ke =.='
sebenarnya buat keje amal kat sana. Haha..kau ade?
Seri paling takut benda yang bersisik sisik , menjalar jalar, ape tu ?
ha, teka teki la tu...kalau pandai teka anda memang bijak !

Selain menghitung hari nak pergi Zoo , 8 oktober !
kenapa dengan 8 oktober ?
kalau anda pelajar sek.men anda mesti tahu.
Paling takut +math & Fizik  ):

Lepas Oktober , November , Disember then? haha! Akan ada Happy new year !
Jangan nak happy sangat, Seri nak ambek SPM ..

Oke, sekian ^_^v 
Moral : Jangan suka bertangguh nak study macam Seri .

Tuesday, 24 April 2012

Program Bitara :D

Assalamulaikum & halloo.............

21hb - 22hb baru-baru ni
 Seri join Program Ekslusif Sekolah Bitara :) *at dewan sekolah jer

Memang enjoy ! first time Seri sayang akak fasilitator dalam program macam ni
mungkin sebab jumlah peserta sikit. Dalam 50 peserta.
Peserta yang join program ni  :

>2 kelas terpilih dalam tingkatan 4
> 2 kelas terpilih dalam tingkatan 2 

Malang nya ramai tak nak join program ni sebab dorang pikir
 tak syok !
 kacau hari Ahad dorang !
nak buat homework !
ade kelas tusyen !

Hadoooyaaiiiii~~ 

So, cikgu pening kepala..cikgu open kat kelas lain.
kalau tak mana sampai 50 peserta.
kesian cikgu bajet nak 100 peserta.

Program ini dijalankan oleh UPSI
Seri jadi ketua kumpulan.
Masa cabut nama kumpulan target nak nama kucing ! tapi dapat KATAK


Haha...member group oke....dorang beri kerjasama.
alhamdulilah :)

Trademark group Seri ?

K.A.T.A.K ~ Katak ! ong kedek kedek :)


Sweet memory
oke sekian ^_^ v

Tuesday, 10 April 2012

Kem Pengakap !

Assalamualaikum.............

Rindu tak ? hee~

Baru-baru ni Seri pergi ke kem pengakap di Jabatan Pertanian Hulu Selangor
hehe....nak dapat kan lencana kat bawah ni !


Lencana Kemahiran.. :)

3 hari 2 malam Seri kat sana
first time Seri tidor  dalam khemah yang rosak zip = =''
adoi~ nak tutup pintu  khemah pon pakai pin kawan !
malam pertama asyik kena gigit jer ngan serangga ape tah
malam kedua tak terasa mungkin penat sangat...tido jer la :)
tapi best tidor kat khemah "berdaulat" tu berdua jer , sejuk mehh~

Yang sadis nya....kat sana tak ada air !!!
hanya untuk berwuduk jer
ngade ngade ?
hello !
1 ) kalau tak bersih diri tak sempurna lah solat
2 ) semua tandas hancing !

oke oke....yang best nya Seri dapat belajar Kawad Tongkat !
12 step ! jenuh la nak ajar kawan-kawan kat sekolah nanti

Bila dah jadi Pengakap Remaja ni payah cikit
semua kena betol sebab Pengakap junior mesti Wahhhhh !! hebat nya !! at kitaorang


-The end -




Thursday, 5 April 2012

Forum :)

Assalamualaikum........


Siapa kata budak pelat R tidak boleh bersuara ?
 tidak boleh memasuki mana-mana pertandingan yang memerlukan percakapan ?
takot di Booooo~ ? 

HAHAHA ! 

Masa muda-muda dulu Seri selalu down
sebab Seri pelat. selalu kena ejek T,T

Forum :) 
Semalam Seri pergi SEMESCO wakil untuk ber forum
perggghhhh ! 11 sekolah dalam Hulu selangor ni yang bertanding
Hebat = ="




Sebelom giliran kteorang bukan main relaks lagi....maklum la dapat gilran nombor 8 :)




Walaupun tak menang  tapi kami redha~
Pengalaman pertama:)

Mungkin tak adil bagi kami sebab hari isnin kami baru jer buat teks ucapan
selasa berlatih & menghafal
rabu seawal awal pagi dah bertolak..
Mana tak dalam kereta kitaorng berlatih lagi = ="

Alhamdulilah...kami boleh lakukan dengan baik although tak puas hati lagi 




Peace ~!!! ni mse nak balik dah
disebalik muka-muka ni kami sedih sebenarnya :)
kat sana dapat jugak jumpa kawan-kawan lama !


# perasan tak ayat Seri kali agak skema ! pengaruh Forum ahaks ^_^ v





   










Friday, 30 March 2012

Lumrah :')

Assalamualaikum.......

Bila jumpa pelacur tepi jalan, orang akan kata: “Eee perempuan kotor ni.” Padahal kita tak tahu dia telah dijual oleh bapanya ketika umur 10 tahun.

Bila jumpa bekas banduan, orang akan kata: “Ish penjahat ni. Jangan dekat dengan dia.” Padahal kita tak tahu dia telah difitnah mengambil rasuah oleh sahabat karibnya send
iri.

Bila jumpa pesakit mental, orang akan kata: “Orang gila ! Jangan kacau aku.” Padahal kita tak tahu dia telah didera oleh mak tirinya hingga mengalami trauma berpanjangan.

Bila jumpa lelaki muka hodoh, orang akan kata: “Euww hodohnya. Siapalah nak kahwin dengan kau tu.” Padahal kita tak tahu lelaki tu kehilangan ketampanannya akibat melecur dalam usaha menyelamatkan ibunya dalam kebakaran.

-------------------

Berapa ramai antara kita suka berkata-kata sebegini. Berburuk sangka dan terus menabur fitnah dari sehari ke hari. Ketahuilah bahawa setiap kata-kata buruk ini adalah saham yang kita kumpul untuk menuju ke Neraka Allah Taala. Ubahlah dan muhasabah diri, banyak yang buruk kita lihat dari orang, tapi kita lupa melihat keburukan sendiri. Ajaklah saudara kita ke arah kebaikan dan cegahlah mereka dari kemungkaran.


# copy paste by syahiruldotcom :)

Sunday, 25 March 2012

Sunnah makan___walaupun 4 point tapi beri manfaat ;)

Assalamualaikum.......

Hai , post kali ni Seri nak cite pasal 
" disebalik sunnah makan Nabi Muhammad s.a.w  " 





Nak tahu hikmah nya ? jom baca !

  • Jika terdapat benda yang berbahaya seperti duri , tulang ikan atau tulang ayam deria tangan kita dapat mengesan nya.
  • Eeww, ape kelas pakai tangan...kotor what , NO ! kan sunnah cuci tangan dulu sebelom makan.
  • Jari jemari manusia mengandungi sejenis kimia yang akan memudahkan penghadaman makanan dalam perut. *Oh patut la mak cik Seri tak bagi Seri ambek makanan yang nak di simpan takot basi kata nya dan kita di sunat kan menjilat jari jemari untuk mendapat keberkatan serta zat penghadaman  yang baik pada waktu malam.
  • Digalakkan mulakan makan atau minum benda yang manis..kenapa? kerana perut korang yang terlalu lapar akan mengeluarkan sejenis asid yang boleh membahayakan perut.

Kami sayang Allah , Kami cinta Rasul....  :)







Tulip ^_^

Assalamualaikum..........
Hmmmmm :)
aku rasa lebih manis kalau ber blogging  ber nama kan 
so, post seterusnya aku aku gelar kan diri Seri 
jangan pelik....siapa Seri ni ?
aku larh :D



aku suka bunga ni , sweet rite  :)

kenapa ? selepas baca buku ni 2 tahun lepas !




Friday, 23 March 2012

Moral ^_^ v

Assalamualaikum.........

Huh, dah lama tak update !
miss me tak? no ? k fine :p

aku pon tak tahu nak post pasal ape........... *bunyi cengkerik


hidup aku sekarang oke....
tapi..hmm...
result ujian bulanan tak memuaskan hati
ada dua gagal Fizik 23% dan +math 37%

alahai....tu la tak bersungguh study masa ujian hari tu



moral : jangan anggap ujian bulanan satu benda simple ^_^ v

Wednesday, 14 March 2012

Ohsom Day :D

Assalamualaikum..........

Genting Highland <3
dah lama kowt tak main outdoor game
Gila sejuk ! melayang duit aku beli handglove

Pergi dengan sape?
ni ha :


Saudari ibu :)
41 tahun


Dari kiri :

Saudari Ain dan Saudari Seri :)
9 tahun , 11 tahun 



Thanks Badut..bagi bunga dan love yang cantik ni <3


Syok gila dapat makan pizza time sejuk :)
yang aku pegang tu nama nya PoPo ~
dapat hadiah masa main permainan 

Bertolak pukul 1.30p.m sampai rumah pukul 8.40p.m
memang enjoy larh ! tapi lagi best kalau ade member
tapi dengan family dapat jugak beli something tanpa guna duit sendiri rite ;)
seperti tadi ibu aku belanja beli kasut !

Untuk 2 adult 2 children kat outdoor ni harganya RM 153
tapi kalau nak indoor and outdoor RM 200
Adult : RM 66
Chidren : RM 45
*promosikan pulak >.<








Monday, 12 March 2012

Pengalaman semanis tart Cherry ;)

Assalamualaikum........

Yeahhhhh!~
Fun but tired?
tak tired sangat pon :)

Hari ni aku hang out dengan kawan-kawan p Rawang !
huh, aku, fara and awa
naik satu kereta menuju ke KTM Rawang..
nak buat ape? menunggu kawan-kawan yang lain la..
agak la dalam 45minit kitorang tunggu =.=

Yang korang pulak happy jer dalam KTM tu





Motif hang out ni nak lepaskan rindu kitorang kat minah ni


psst psst...budak SESERI u know ;)

Haha...kawan-kawan aku yang lain bukan kemain bergaya p hang out


mana aku? tu ha....yang pakai pashmina hitam, baju pink tengah pegang beg pink uh!
Ascending rite ;)


dari kiri 

Aqilah :    phewit~ comel tak saya?    *sememangnya anda comel 
Suraya & aku : Peace~!!   *hidup simple jer..
Shazleen : Ayu tak saya..?   *awak nampak matang 
Farah :      Tengok, saya baru dalam dunia shawl  *chaiyok !!!
Salwa :      Saya model makanan, Auummm!!   * nak cikit !!!












Saturday, 10 March 2012

Dapat cucu lagi !

Assalamualaikum....

yeaahhh!
Semalam , 
Comot dah bersalin :)

Siapa comot? akak aku?
hahaha...agak la kakak pon tak de
comot kucing aku yang kiut miut ni ha


3 ekor ....pukul 3 petang keluar yang warna hitam
pukul 5 petang cam tu keluar warna putih
and pukul 8 lebih keluar warna oren

Ouh....so sweet aku dah sedia kan bakul untuk ko
pastu lepas bersalin ko angkut anak-anak ko letak dalam almari adik aku
haha...nasib baik bukan almari aku :)

#sudah ! termasuk baby 3 ekor ni kucing aku ade 6 =.=
xpe...rezeki.Comot jangan buang anak macam hari tu pulak !

Thursday, 8 March 2012

DONE !

Assalamualaikum.........

Ohoi~
Dah abis Exam!!!
Merdeka ke?
NO!

haha....mula-mula target nak dapat top 10 dalam kelas..
Tapi tapi tapi

Damn..soalan Fizik, Bio and Kimia cam apa jer =.=
lulus pown jadilah...


Tuesday, 6 March 2012

Fuuuuuuuuu~

Assalamualaikum...........

Lama nya tak post :)
Kali ni aku nak cite la pasal facebook..

Aku tak suka la kalau girls and  boys 
meng upload  gambar berlambak lambak kat facebook
pastu bila kawan-kawan comment

''Sayang....awak comel sangat ! <3 ''

Si empunya badan says..~

" hehe..dear, awak lagi lagi comel ! thanks ea :* "

then? bla bla bla~ puji sesama sendri..



hey, kalau dapat pujian terima jer la...
eh, aku dengki? aku tak secantik ko so, shut up ?
NO NO NO~ 

Kalau cantik mesti ko upload..tak kan yang buruk-buruk nak upload kan..
aku tulis kat blog ni..bukan untuk someone
cuma nak luah kan jer...
ye...aku tahu cara ko nak hargai orang puji ko dengan puji dia balik
oke...aku paham :)

Saturday, 3 March 2012

check check.....1 2 3

Assalamualaikum......

(OMG)
Oh 
 Mesti
Gempak !

Lusa dah ujian..aku tak prepare ape-ape lagi =.=
Arrrgghhhh! tak suka pulak jadi budak kelas sains !

Cikgu , jangan target saya dapat A ye !
hmmm~ bak kata kawan aku 'enjin tak panas lagi'
Tak ade feel nak exam...

~...............~...............~.................~................~....................~................~................~

Suka pulak aku hari !
First time kowt kuiz kat depan perhimpunan
kuiz ape? kuiz tentang Dadah..
satu sekolah tengok aku ! *perasan

aku dan 2 orang kakak form 5 wakil Unit Uniform Pengakap
dalam 15 soalan kitaorang boleh jawab 13 soalan jer
terel jugak la...tak expert pon nak menang tempat 123
sebab kebanyakan form 5 yang sertai kuiz tu

Alhamdulilah....dapat jugak tempat kedua :)
beza markah aku dengan Johan, Kadet Remaja Sekolah, satu soalan jer

#aku seperti artis popular di depan..ahaks !






Friday, 2 March 2012

Gift ;)

Assalamualaikum..........

Hoho....bestnya dapat hadiah >.<
ha, hari ni birtday kau ke?
bukan la......ayah aku bagi jam untuk aku dan adik2 aku.




Masa balik tadi memang tak perasan ada benda ni kat ruang tamu
adik aku bagitaw ade 3 kotak warna pink kat depan terus aku pergi ambek
hehe...bajet 'secret admire' bagi 

lepas tu aku tanye adik2 aku kenapa x buka? 
dorang says : takot~
haha...aku terus call ayah dan tanya untuk sapa hadiah ni
terharu kowt ayah aku tiba-tiba jer bagi hadiah..

^_^ v






Friday, 24 February 2012

Monolog ?

Assalamualaikum...

Indah nya rasa bila di cintai..
Hdup ini terasa di syurga...
tak sabar menunggu hari esok...
umpama mawar yang sedang mekar.....

ooh...kasih ku..cintailah diriku..
sayangilah diri ku...sepenuh jiwa mu

~..................~................~................~................~.................~................~..............~

hehe...motif  post kali ni sebenarnya nak Mintak Maaf sangat-sangat
kepada reader sebab selama saya berblogger  ini saya ber kau aku...
aku lebih selesa ;)


# banyak bunyi aku sepak kang !

Tuesday, 21 February 2012

si buah hati pengarang jantung hati ku ! :p

Assalamualaikum.....

Haha...tajuk nak hebat jer...
aku ada kucing ...engkau ada *poyo jap !

K....ini comot. dye betina paling gangster kat belakang rumah.
tak payah berebut makanan mesti kucing lain dah offer makanan kat dia.
umur? entah..nenek dah dia ni tapi still cun !



oke...kat bawah ni anak makhluk kat atas ni
nama dia koko(jantan) ...ahaks! lahir bulan 7 tahun lepas
masa kelahiran dia aku rasa menunggu cucu aku nak bersalin pon ade


hahaha...kelakar jer gambar kat atas ni.
oke...gambar kat bawah ni kucing angkat aku.
ayah aku ambek dia kat pejabat beliau.
masa mula-mula dapat..bau nya memang melekat la !
busuk....bau stor~

nama dia kengkang@snowbell...(jantan)
why kengkang?
sebab...masa mule-mule dapat dia kecik lagi...jalan macam kotak !
bontok besar :p
mulut dia paling merdu masa kebulur..


yang paling garang? mesti la yang atas sekali ! nenek kan..dah tua..
anak nya pon lebih kurang =.=

Aku tak kesah tercalar atau berdarah tangan aku waktu jaga dorang..
hehehe...dah besa..






Saturday, 18 February 2012

ya....itu memang benar ;D

Assalamualaikum....

Hai , semalam aku ade bce at fb :

''Kalau anda dilahirkan pada
6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no.6''


no.6 —- Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan
 hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. 
Anda sangat pandai dalam pelajaran 
dan pengurusan perniagaan. 
Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), 
mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak.
 Semua benda yang baik akan datang pada anda. 
Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. 
Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati,
 peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam.
 Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

Hoho....~ aku sokong 97% !!
bukan aku nak perasan...tapi memng betul lebih-lebih lagi yang pada pandangan aku..


#ini hanya kajian manusia so, ini hanya kebetulan ^_^ v

Wednesday, 15 February 2012

spectacle baru !





Assalamualaikum...
hee...seronk nya dapat spec baru !
rupanya masa cek mata semalam , mata kanan  aku ada alergic ;(
alergic,, tak boleh kena lampu kereta waktu malam..
alergic,, tak boleh kena habuk..kalau tak mata aku berair.
orang tu kata " adik beli la ubat mata..titis sebelum tido.esok kalau ada taik mata lagi oke "
oke-oke....*padahal tak buat pon ape dia suh

spek dulu aku cam ni :


buruk? kuno? half frame? hoho...banyak jasa taw ! dan banyak kali patah !

sekarang..baru ambek 8 malam tadi :


oke? besa jer? full frame? oh nerd ! haha..
saje..nak try yang full frame pulak.

*gambr sekadar hiasan ^_^





Monday, 13 February 2012

Experiment !

Assalamualaikum !
hee~ excited aku buat experiment Sub Kimia tadi !
experiment yang pertama dalam hidup tingkatan 4  !
and first time duduk kat meja paling belakang !
next experiment aku nak bawak teropong kalau duduk belakng lagi !

Masalah nya...adoi ~ kumpulan aku kena wat sampai dua kali...
why? kitorang  punya experiment pecah T^T
mungkin suhu tinggi sangat.
suhu experiment kitorang masa akhir 80°C !

Cikgu tanya aku, " awak nak buat sekali lagi x? " 
dengan semangat ! " ye cikgu...saya nak buat walaupun balik pukul 2.30 ! "
haha...berkat ketabahan+kerjasama kumpulan aku 
kitaorang boleh buat x sampai sejam pown.
esok kumpulan aku kena hantar data experiment yang kitorang buat kat cikgu..hee~ bye !







Friday, 10 February 2012

Sakit !

Assalamualaikum !
hee....da lama tak post...

Terima kasih Allah kerna makbulkan doa aku untuk DEMAM !
what? kanapa aku doa aku sakit? semua nak sihat aku nak mintak penyakit pulak..
hmm....aku ni gedik betul nak demam2 nie.
aku rindu demam...aku cuma nak rehat...dah la lama tak dapat penyakit..hee~

3 hari wey....3 hari aku demam. Macam2 dugaan aku tempuhi.
Alhamdulilah....kau tolong aku :)
walaupun hanya makan ubat kat rumah jer

Sekarang aku cuma batuk dan selsema..kawan-kawan aku kata suara aku berubah!
hehe...tak pe...seksi kan

.......~...............~..............~...............~..............~..............~................~.............~............~

macam ni la rupa aku bila demam. tak bersemangat =.=

Thursday, 2 February 2012

~ Tanggungjawab ^_^ ~

Assalamualaikum ..bounjur!
post kali ni aku nak cite pasal tanggungjawab.
selalu kan masa mesyuarat agong  kat sekolah kita boleh tengok macam-macam perangai.
perangai macam mane? let me list kan .
  • Gila kuasa        = masa mesyuarat  asyik muka dia jer kat depan ! tak de orang lain ka?
  • Mahu tapi malu = em...aku rasa aku jenis macam ni kowt. malu la ! x kan nak calon kan diri sendri? kes parah ni. 
  • Manis muka     = bila meng undi mula la nak ber baik dengan semua orang. Dia paling peramah !
  • Hidup tak kesah = aku suka budak macam ni. Dia layak memegang satu jawatan ni tanpa beli undi pown dan dia low profile..buat jer tanggungjawab 2.

Oke...korang ade jawatan?
Kalau kita pegang jawatan kita mesti amanah. Jangan ambek mudah..
Pegang jawatan jer sebelah kaki kita dah msuk Neraka taw !

~Aku cukup benci orang yang terhengeh hengeh nak jawatan tapi x wat pape pown.~
~pastu mula la nak susah kan hidup orang lain suh tolong jalankan tanggungjawab dia~

Eh, aku duk pot pet nie lepas kan geram mcam x de jawatan jer..haha!
ade,,,tahun ni dalam kelas aku jadi setiausaha, dlm pengakap aku jadi naib setiausaha and dalam kelab kerjaya aku jadi naib setiausaha jugak..hahaha !
ber setiausaha aku yer... dan aku jugak pembimbing rakan sebaya :)



Tuesday, 24 January 2012

Holiday ke? -.-'


Assalamualikum...aloooooha! hawai gitu......ahaks!
lame nya x post..huhu..
Aku tak berapa nak gemar bila cuti panjang ni !
kenapa? *nada  terharu  
"terima kasih cikgu...cikgu memahami saya dan kawan  seperjuangan  saya yang lain"
Give them a big clap !! wooooowaaaahhh!
 I say la...8 homework ! 

OKE STOP! kebudakan jer...ahaks !

~lalalalalalalalalalalalalalalalala~

Aku baru jer balik dari kampung...hehe..best taw !
Kampung aku kat Taiping, Perak..Pendalaman cikit..
Bukan selalu aku balik kampung. Agak la 4 kali dalam setahun. 
Agak kelam kabut la aku pack baju.
mana tak nya, balik dari kenduri akak kawan aku terus balik kampung.
pack jer  baju yang ada depan mata.

Aku pergi dengan family nek 2 kereta. Kereta gen2 oren dan Vios putih..
Aku naik ngan abng2 aku. Ada GPS pon sesat.
Entah cerut mana kitorang sesat. Aku suh tanya orang tak nak. adoi~

Ikot sangat GPS  kitorang masuk sekolah rendah ape tah..
ni bukan GPS ni GBS ! *oh geng geng bas sekolah ~
Sepanjang aku sesat aku jumpa macam2 haiwan kat tepi jalan....monyet, kambing, lembu...bla bla~

Punca sesat nya....salah masuk simpang...huh, pening aku duk dalam kereta. 
Jalan macam ular kena palu ....bawak laju pulak.

Setiba nya kat destinasi yang patut dah lama tiba. 
aku nampak mak aku ngan adik beradik lain 
Dah baring baring dah.....untung la...

3 hari 2 malam ! best...air sejuk meh...

~nga nga nga nga nga nga nga nga nga nga nga nga nga nga nga~

Pukul 6 petang tadi aku dah sampai kat rumah...
And start esok aku nak siap kan homework aku !!!

ike ike go go...and GO !!!!




Friday, 20 January 2012

Khawin vs Couple


Assslamualikum....Bounjur! France gitu...ahaks!
oke....da lama tak post.

Semalam aku  on facebook member aku. Nak main kan game  dia..hehe... <3
Bosan loading game~ aku bace la apa apa yang menarik kat wall dia.
Aku jumpa la satu video ni. I say la....best woooo~ video 2. santai jer dan bagi banyak mesej !
Nak usha video tu? oke....pause kan lagu blog aku ! n enjoy



video kat atas ni ada sambungan nya. Nak tengok? cari sendri haha.
Nak tahu umur dorang nie? cbox k.
Aku tahu ramai yang MALAS nak baca hal keagamaan ni. 
So, dengan adanya video dorang ni bole la korang tengok dan mudah paham.


~~~~~~~~~~~~~~~~........................................................~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kita kalau nak ber facebook bukan hanya nak ber chatting 24 jam, upload gmbar berlambak-lambak , 
Puji sana hina sini......bla bla bla~ *mak cik membebel
ahaks! men game? hehehe.....tak pe...melepaskan tension !!

Dalam facebook kita boleh cari ilmu. Jangan lah nak membuang masa jer.

Wednesday, 11 January 2012

Shut up !


Assalamulaikum...
oke....aku pernah dengar Diam itu emas..berkata  tu perak..
huhu....aku nak post  hikmah menjadi seorang pendiam. 
Bukan aku nak ajar korang untuk diam jer...nanti di cop kera sumbang pulak !
cuma nak berkongsi apa yang baik jer..



  • Menjadi ibadah tanpa bersusah payah..
  • Umpama penghias tanpa berhias..
  • Membolehkan malaikat pencatat amalan kita berehat..
  • Menutupi segala aib..


Rasullulah bersabda mengenai kelebihan diam yang bermaksud:
“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau DIAM”. (Riwayat Bukhari & Muslim)
“Barangsiapa DIAM maka ia terlepas dari bahaya”. (Riwayat At-Tarmizi)



# Jangan anggap orang yang diam tu bodoh dan tak berguna ! 
Kita hanya perlu cakap apa yang perlu sahaja k ^_^ v

Monday, 9 January 2012

Nak membebel jap !


Assalamualaikum...
da lama tak post..hehe..ni pown atas permintaan..*cehhh~

Oke apa itu HIPOKRIT ?
Hipokrit ialah orang yang berpura-pura baik. # sumber : kamuis dewan pustakaq.
Ye.....saya hipokrit dan juga awak ! ha ? sape? ye...awak la yang sedang membaca ni.
Bila kita dengar " Ko ni jangan hipokrit sangat boleh tak? Bajet la kau..suh suh nyah ko dari pandangan aku! "
Hahaha....agak malang la kalau kita pernah tercakap ayat tersebut. Terhina orang tu.
Hipokrit...bila depan pakwe@ makwe kita berlakon baik padahal depan Mak bapak...adoiyai~
Hipokrit....bila depan kawan kita berlakon konon nya BFF ! padahal membocorkan rahsia  dan mengutuk kawan tersebut.
Hipokrit...depan cikgu " Oke, sapa nak tolong cikgu angkat buku2 nie??" "Saya saya ! "
tapi..bile..... " Ali.....tolong mak p kedai sat ! " "Zzzzzzz~ * buat2 tido"

Hahaha...yes, saya jugak hipokrit. Semua orang tak sempurna. 








Friday, 6 January 2012

Jom merokok ! ^_^

Assalamualaikkum...
Ape ? cek tasah ajak korang merokok? hehe...bukan la..
Wey perokok , sedar la...rokok ni memng berbahaya..
ha.....degil lagi !! tak apa........korang layan la video at bawah nie....
sebelum tu pause kan lagu blog aku..hehe





sudah? ini ilmu...lepas korang usha video kat atas tadi tolong la tegur orang yang korang sayang..
especially ayah korang....